ADAKAH SESI URUTAN BAYI MENDATANGKANG KEBAIKAN?
Jawapannya adalah YA! Ini kerana, mengurut bukan sahaja membantu bayi tidur lebih nyenyak, malah ianya juga membantu menghindari masalah iritasi pada bayi anda. Tidak tahu bagaimana nak mula? Berdasarkan daripada penyelidikan oleh Institut Penyelidikan University of Miami School of Medicine, hasil penyelidikan tersebut memberikan ibu bapa pengetahuan tentang “sweet spot” yang bayi inginkan sewaktu urutan – comel, bukan?
Terdapat pelbagai cara untuk mengetahui bahagian kegemaran bayi sewaktu urutan, dan cara terbaik adalah sewaktu anda memandikan bayi. Ini kerana kulit mereka masih lembap serta tidak berpakaian / dalam keadaan ‘bare form’. Keringkan si kecil dengan tuala dan kemudian gosok minyak pelembap bayi di telapak tangan anda sebelum mula mengurut. Ianya untuk memastikan minyak pelembap tersebut hangat dan menjadikan bayi anda lebih selesa serta memberikan pengalaman urutan yang menyeronokkan buat si kecil.