KULIT HALUS DAN LEMBUT BAYI ANDY
Oleh itu, perkara seperti cuaca boleh memberi kesan pada kulit anak-anak kita. Khususnya di negara seperti Malaysia di mana iklimnya panas dan lembap. Ianya sering menjadikan si kecil lebih cenderung berpeluh dan mempunyai masalah ruam. Faktor lain seperti dehidrasi, pendedahan yang berpanjangan kepada matahari dan yang paling biasa, sabun mandian serta syampu dengan bahan kimia yang menghilangkan kelembapan daripada kulit anak anda lalu menjadikannya kering dan menggelupas.
Disebabkan kulit mereka jauh lebih sensitif berbanding dengan kita, ibu bapa dan penjaga perlu mengambil langkah tambahan untuk memastikan apa yang digunakan untuk anak-anak adalah yang terbaik untuk mereka! Jadi, penting agar anda memilih produk dengan bahan semula jadi serta selamat bagi kegunaan anak anda.
Produk Carrie Junior diformulasi dengan Fruito-E yang kaya dengan vitamin dan nutrien. Hal ini bagus kerana Fruito-E berfungsi dalam melembapkan serta mengekalkan hidrasi kulit, yang memberikan sinaran pada kulit secara semula jadi. Oleh itu, penting bagi ibu bapa untuk memeriksa produk serta kandungan bahan setiap produk tersebut sebelum menggunakannya pada kulit si kecil anda.